Sunday, August 7, 2016

Tawan Selangor Bukan Cita-Cita Rakyat,Cita-Cita Pemimpin Umno

Johari Seman     5:50:00 PM    

Cita-cita  untuk tawan Selangor hanya cita-cita besar kepimpinan Umno Selangor bukanya cita-cita keseluruhan atau 50% pengundi di negeri terkaya di Malaysia.

Walaupun dakwaan Umno telah temui formula untuk tawan Selangor itu hanya strategi atau plan yang direncana oleh pakar-pakar dengan kerja sama ketua sayap parti di seluruh negeri.

Apa yang penting penyelidikan tanpa mengambil kira sokongan tehadap mereka yang boleh mengundi perlu diadakan untuk memastikan strategi atau plan yang direncana oleh Umno menepati dengan keadaan sokongan rakyat.

Jika diambil kira dengan apa kerajaan Selangordipimpin PKR dan dibantu PAS dan DAP ia amat sukar malah ramalan untuk merampas Selangor pada PRU14 adalah meleset sama sekali kerana tiada runggutan besar dari rakyat dibawah pemerintahan sekarang.

Geo politik kini sudah berubah,bukan dengan cara sumbat kerusi kepada OKU,bukanya dengan menyumbang atau membantu orang meskin dan mengadakan program sukan untuk orang muda sudah dikira memadai bagi meraih sokongan,tetapi sentuhan hati kepada seluruh pengundi tidak penampakan nyata,hanya ala kadar mereka bersuara menyatakan sokongan kepada Umno.

Pemimpin sayap parti juga perlu bersatu dalam apa jua keadaan jika benar mahu mengembalikan Selangor kepada Barisan Nasional.

Masyarakat kaum India perlu diberi perhataian,kerana banyak dakwaan dari mulut ke mulut,bahawa mereka tidak dipedulikan oleh pemimpin mereka(MIC),oleh kerana itu ketua bahagian Umno perlu buka mata dan peka dengan keadaan semasa,janganlah pula timbul semasa PRU dah dekat.

Undi calon Umno bukanya dikira berdasarkan orang Melayu sahaja,kaum India juga dikira kerana bertanding diatas tiket BN.

Sebab itulah sekarang ini,rakyat Selangor secara keseluruhannya menganggap rampas Selangor daripada PKR,DAP,PAS hanyalah cita-cita besar Umno bukanya cita-cita pengundi yang telah memberi mandat kepada kerajaan Selangor hari ini.

Untuk membuat andaian,kita tidak perlu pemikir politik ada PHD,cukuplah dengan bergaul dengan ramai orang didalam negeri yang Umno nak rampas.

Ahli Umno Selangor sendiri merunggut dan bertanya,cukupkah Umno ada Ketua Pemuda negeri yang hanya muncul didada akhbar,cukupkah ada penerangan negeri yang sibuk dengan strategi,strategi pertama belum buat,strategi kedua dah wujud dan begitu juga dengan ketua sayap,parti dalam bahagian.

Dipentas ceramah pula muka-muka pemimpin Pemuda,Puteri,Wanita sama ada negeri,bahagian,cawangan kurang timbul,tapi di dada akhbar saban hari saban bulan ada sahaja mukanya.

Ketua Perhubungan Umno negeri pula muka asyik ketat,tak menarik minat rama orang untuk menyokong Umno,itulah yang orang Umno kata.

Tamat.









0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .