Tuesday, May 2, 2017

50 Peratus Majoriti PAS Kerusi Dun Taman Templer Hilang Berikutan Tidak Bersama Pakatan Harapan

Johari Seman     1:49:00 AM    


PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor pada PRU 13 lalu dengan bantuan PKR dan DAP bertambah goyang.

1-N15 - TAMAN TEMPLER
PAS MENANG MAJORITI 7,467
Zaidy Bin Abdul Talib

Dengan majoriti 7,467 undi kedudukan parti Islam itu tidak selamat dengan dengan pertandingan 3 penjuru.

Mengikut data yang diperolehi kira-kira 7 bulan sebelum PRU 13-Taman Templer dimonopoli pengundi Melayu seramai 24,697 orang (55.56%) diikuti Cina, 15,812 (32.37% ) dan India 5,649.
Mengikut data yang diperolehi seperti diatas jumlah pengundi keseluruhan 46,158 bertambah 3,210 beberapa bulan sebelum PRU 13 diadakan,namun peratusan pengundi Melayu masih mendahului kaum lain.

Dengan bertambahnya 3,210 jumlah pengundi berdaftar dikawasan itu,jumlah terakhir yang sah adalah 49,368.Zaidy Bin Abdul Talib yang mewakili PAS pada PRU 13 telah mengalahkan calon BN dan Bebas dengan memperolehi majoriti 7,467 daripada undi yang diterima 24,667.

Calon Bebas,ROSLAN BIN BASARUDDIN hanya memperolehi 495 undi dan beliau hilang wang pertaruhan.
Manakala Calon BN ,SUBAHAN BIN KAMAL memperolehi undi 17,200.

Pada PRU 13 pertandingan tiga penjuru berlaku di Taman Templer,namun Bebas bukanlah cabaran sebenar sama ada kepada PAS mahupun BN.

Walaupun jumlah kertas undi ditolak 666 dicampur dengan tidak dikembalikan 114 ia tidak memberi kesan kepada calon PAS.

Apa yang PAS perlu lihat dan ambil tahu,majoriti besar yang diperolehi PAS pada PRU 13 di Taman Templer dianggarkan 50 peratus bukan dari pengundi Melayu,kerana Tsunami Cina kekal menolak BN pada PRU 13.

Berdasar jumlah pengundi Cina 15,812 yang diperolehi 7 bulan sebelum berlaku PRU,pastinya majoriti besar yang diperolehi PAS dibantu pengundi Cina(DAP) berikutan Pakatan Rakyat adalah bekas berkumpulnya PAS,DAP,PKR.
PRU 14 pastinya berlaku pertandingan 3 penjuru(tidak termasuk bebas)dimana-mana kawasan pilihan raya.

Di Taman Templer dengan jumlah pengundi Cina lebih 32 peratus mungkin PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan yang diperolehi sebelum ini.

Menurut logik,sekarang 50 peratus majoriti PAS di kerusi Taman Templer sudah hilang berikutan tidak bersama Pakatan Harapan.

Dengan pertandingan 3 penjuru pada PRU 14 mustahil PAS boleh mengembalikan majoriti 50 peratus yang hilang atau yang ada pada pengundi Cina dan India dari DAP,PKR.

Daripada 49,368 hanya 43,142 yang keluar termasuk yang tidak mengembalikan 114 kertas undi .Dari 43,142 yang keluar ke pusat membuang undi hanya 43,028 sahaja yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi termasuk 666 yang di tolak(undi rosak)

Hanya 42,362 sahaja undi yang dikira sah(tidak rosak)setelah ditolak dari jumlah 666 undi yang rusak itu.

Mari kita lihat jumlah keseluruhan yang terjawab,adakah benar undi sah(tidak rosak) setelah ditolak undi rosak adalah 42,362.

PAS-24,667
BN-17,200
BEBAS-495
=42,362-Total

Jumlah tidak keluar mengundi di Dun Taman Templer
Jumlah pengundi 49,368
Jumlah kertas undi yang dikeluarkan 43,142
=6,226-Tidak Keluar mengundi


Rumusan:-Taman Templer

Pada PRU 14 nanti calon dari BN adalah lawan sebenar calon dari Pakatan Harapan,namun begitu kekalahan PAS dianggap penentu kemenangan BN atau Pakatan Harapan.


SELANGOR POST dapati ada 8 kawasan yang dimemangi PAS di Selangor pada PRU 13 lalu tidak selamat .

SELANGOR POST akan kupas satu persatu mengikut cara sendiri dan akan disiarkan pada blog ini.

Peringatan...!
Sekiranya ada kesilapan daripada data yang diketengahkan penulis di blog ini,para pembaca boleh perbetulkan di ruangan komen.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .